PROGRAM LAWATAN TINJAUAN KESELAMATAN KAWASAN SASARAN PENTING DI STESEN GELOMBANG MIKRO TELAPAK BURUK (SGMGTB), JELEBU

8 Oktober 2025 : Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sembilan (MKNNS) mengambil inisiatif untuk memperkukuhkan kerjasama dan persefahaman antara agensi keselamatan serta rakan strategik di bawah Jawatan Kerja Keselamatan Daerah (JKKD) Jelebu. Lawatan ke Stesen Gelombang Mikro Telapak Buruk merupakan pendedahan kepada semua ahli JKKD Jelebu berhubung binaan-binaan penting dan sensitif yang perlu diberi perhatian terutamanya dalam aspek pengurusan keselamatan di peringkat daerah.

Lawatan ini juga memberi pendedahan kepada ahli JKKD bagi mendapatkan pengetahuan baru mengenai pengoperasian sistem kawalan keselamatan aset telekomunikasi tersebut.

Antara pengisian lawatan ini ialah taklimat dari pihak Telekom Malaysia (TM) mengenai sistem telekomunikasi sedia ada dan kemudahan lain yang terdapat di Stesen Gelombang Mikro Telapak Buruk, Jelebu.  Penerangan berhubung kepentingan sistem telekomunikasi di Telapak Buruk kepada pengurusan keselamatan di seluruh Negeri Sembilan dan taklimat berhubung ancaman keselamatan yang bakal dihadapi sekiranya kawasan sasaran penting tidak dikawal dengan kawalan keselamatan yang ketat.

Pelaksanaan program bersama ini membuka ruang untuk berkongsi pengetahun berhubung sistem keselamatan dan peraturan sedia ada di Stesen Gelombang Mikro Telapak Buruk, Jelebu sebagai sebuah kawasan Sasaran Penting dan Tempat Larangan  bertepatan dan bersesuaian untuk memastikan mereka sentiasa mendapat maklumat terkini berhubung keselamatan negara.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …