DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

ACP Sazalee bin Hj Adam, Ketua Polis Daerah Barat Daya hadir di Maktab Rendah Sains Mara ( MRSM ) Balik Pulau, Pulau Pinang untuk sesi taklimat dan ramah mesra bersama para guru dan pelajar MRSM Balik Pulau.
YDH Ketua Polis Daerah Barat Daya memulakan program dengan sesi ceramah kesedaran berkaitan kesan serta akibat perbuatan jenayah yang seringkali berlaku di kalangan pelajar sekolah. ACP Sazalee bin Hj Adam juga memberikan kata semangat dan motivasi kepada para pelajar agar terus berjaya dan menjadi pemimpin yang berwibawa di masa hadapan. Slogan ” Success Is Not A Full Stop, But A Comma ” merupakan slogan yang seringkali beliau terapkan dikalang pelajar kerana kejayaan bukanlah destinasi akhir tetapi perjalanan berterusan kepada permulaan yang baharu.
Sumber : Ibu Pejabat Polis Daerah Barat DayaΒ https://www.facebook.com/profile.php?id=100064454751484



