DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Ketua Polis Pulau Pinang, CP Datoβ Ts. Azizee bin Ismail menerima kunjungan hormat daripada Konsul Jeneral Jepun di Pulau Pinang, His Excellenry Mr. Machida Shinya bersama delegasi beliau di Bilik Tetamu Seri Mutiara, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang.
Kunjungan tersebut bertujuan mengeratkan hubungan dua hala serta membincangkan isu-isu berkepentingan bersama, khususnya dalam aspek keselamatan dan kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Konsulat Jepun. Pertemuan ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua pihak dalam memperkukuh jaringan diplomatik serta mempertingkan keselamatan awam dan hubungan antarabangsa di negeri ini.
Sumber : PDRM Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/PolisPulauPinang



