DARIPADA MENCARI SALAH KEPADA MENCARI SOLUSI, TRANSFORMASI POST-MORTEM ORGANISASI

Pelaksanaan mesyuarat 𝘱𝘰𝘴𝘵-𝘮𝘰𝘳𝘵𝘦𝘮 selepas berakhirnya sesuatu majlis atau program merupakan langkah strategik yang memberi nilai bagi sesebuah organisasi.

Platform ini berfungsi sebagai ruang untuk menilai sejauh mana objektif asal telah dicapai, mengenalpasti kekuatan yang perlu dipertahankan, serta memperincikan kelemahan yang boleh diperbaiki pada masa akan datang.

Melalui perbincangan yang berstruktur, organisasi dapat mengumpul data, maklum balas, dan pengalaman warga kerja secara telus untuk dijadikan bahan pembelajaran, sekali gus meningkatkan kualiti penganjuran program seterusnya.

Walau bagaimanapun, realiti di sesetengah organisasi menyaksikan budaya 𝘱𝘰𝘴𝘵-𝘮𝘰𝘳𝘵𝘦𝘮 sering bertukar menjadi sesi “mencari salah” atau menuding jari (𝘣𝘭𝘢𝘮𝘦 𝘨𝘢𝘮𝘦).

Kecenderungan fokus kepada kesilapan individu berbanding kelemahan sistem atau proses ini boleh mewujudkan persekitaran kerja yang ketinggalan, menjejaskan moral staf, dan membendung sifat inovatif apabila masing-masing mula berasa takut untuk mengambil risiko.

Apabila emosi dan kritikan peribadi menguasai mesyuarat, tujuan asal 𝘱𝘰𝘴𝘵-𝘮𝘰𝘳𝘵𝘦𝘮 sebagai medium pembelajaran organisasi akan terjejas sepenuhnya.

Oleh itu, budaya ini perlu ditangani secara positif dengan mengalih fokus daripada “siapa yang salah” kepada “apa yang perlu diperbaiki”. Pemimpin dan kakitangan organisasi wajar menjadikan sesi 𝘱𝘰𝘴𝘵-𝘮𝘰𝘳𝘵𝘦𝘮 sebagai medan bimbingan yang konstruktif (𝘤𝘰𝘯𝘴𝘵𝘳𝘶𝘤𝘵𝘪𝘷𝘦 𝘧𝘦𝘦𝘥𝘣𝘢𝘤𝘬), di mana setiap teguran disertakan dengan cadangan penyelesaian secara profesional.

Apabila setiap kesilapan dipandang sebagai peluang untuk berkembang dan kekuatan pasukan diraikan bersama, 𝘱𝘰𝘴𝘵-𝘮𝘰𝘳𝘵𝘦𝘮 akan menjadi pemangkin kepada pembentukan budaya kerja yang matang, berdaya tahan, serta saling menyokong antara satu sama lain.

 

Sumber : Facebook Institut Integriti Malaysia

Artikel/Berita Terkini

DANA ORGANISASI ATAU SYARIKAT BUKAN DUIT PERIBADI, AMANAH JANGAN DIKHIANATI!

Setiap sumber kewangan organisasi merupakan amanah yang perlu diurus dengan penuh tanggungjawab, ketelusan dan integriti. Penggunaan dana organisasi hendaklah sentiasa …

DARIPADA MENCARI SALAH KEPADA MENCARI SOLUSI, TRANSFORMASI POST-MORTEM ORGANISASI

Pelaksanaan mesyuarat 𝘱𝘰𝘴𝘵-𝘮𝘰𝘳𝘵𝘦𝘮 selepas berakhirnya sesuatu majlis atau program merupakan langkah strategik yang memberi nilai bagi sesebuah organisasi. Platform ini …

KENALI FAKTOR RISIKO PRA-DIABETES : CEGAH SEBELUM TERLAMBAT

Pra-diabetes merupakan satu keadaan kesihatan apabila paras gula dalam darah lebih tinggi daripada paras normal, tetapi masih belum mencapai tahap …