𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐓𝐄𝐆𝐔𝐇 𝐆𝐄𝐍𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 (𝐏𝐑𝐎𝐓É𝐆É): 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐇𝐓𝐄𝐑𝐀, 𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓

25 September 2025: Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sembilan dengan kolaborasi bersama beberapa agensi kerajaan yang lain telah melaksanakan satu program pencegahan dan penerangan kepada pelajar sekolah bagi memastikan isu buli dapat diatasi secara kondusif di sekolah untuk sesi pengajian dan pembelajaran pelajar.

Antara objektif pelaksanaan program ini ialah sebagai medan untuk pendedahan dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar, guru, dan orang awam mengenai bentuk-bentuk buli serta kesan negatifnya terhadap mangsa dan pelaku. Memberi pendedahan yang tepat tentang hak-hak mangsa buli serta saluran aduan yang betul dan selamat untuk mendapatkan bantuan. Membangunkan nilai empati, hormat menghormati dan toleransi dalam kalangan peserta bagi membentuk sikap yang menolak budaya buli di sekolah dan masyarakat. Program ini juga menjadi platform untuk golongan belia mendekatkan diri dengan agensi keselamatan dan menyalurkan maklumat keselamatan di lapangan apabila diperlukan agensi keselamatan.

Pelbagai pengisian telah disususn menerusi program ini seperti Taklimat Keselamatan oleh Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sembilan, Taklimat Pencegahan Jenayah Gangsterisme, Buli, dan Jenayah Seksual oleh Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Seremban, Taklimat Kesedaran dan Pencegahan Dadah oleh AADK Daerah Seremban serta reruai pameran dan penerangan keselamatan oleh IPD Seremban, JPJ Negeri Sembilan, Pejabat Kesihatan Daerah Seremban dan Jabatan Penjara Malaysia, Negeri Sembilan.

 

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM LOKAKARYA MEMUGAR: MEMPERKASA BELIA GEN-Z 2026

Program Lokakarya Memugar: Memperkasa Belia Gen-Z 2026 telah dilaksanakan dengan jayanya pada 9 hingga 11 Oktober 2026 bertempat di Pusat …

JIMAT TENAGA ATAU CEKAP TENAGA – SAMA KE?

Ramai mungkin menganggap kedua-duanya sama, tetapi sebenarnya ada perbezaan. Jimat tenaga ialah usaha mengurangkan penggunaan tenaga, contohnya memadamkan lampu atau …

BELANJAWAN MADANI 2027: APLIKASI AI NSRC KESAN SCAM PERKUKUH PERLINDUNGAN RAKYAT DARIPADA ANCAMAN PENIPUAN DIGITAL

Kerajaan MADANI menerusi Belanjawan 2027 memperkenalkan inisiatif pembangunan aplikasi kecerdasan buatan (AI) bagi memperkukuh keupayaan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) …