KUPANG, KERANG PORT DICKSON SELAMAT DIMAKAN, PENGUSAHA DIBENAR TERUSKAN AKTIVITI

Kupang dan kerang-kerangan di perairan Port Dickson kini selamat dimakan selepas kandungan biotoksin pada sampel yang diambil pada 17 September lepas berada di bawah paras 800 per bilion (ppb), kata Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Sembilan (JPNS) Kasim Tawe.

Menurutnya, pengusaha serta penternak kupang sistem pancang dan panggar di kawasan perairan dari Sungai Sekawang ke Kampung Telok di Pasir Panjang juga dibenar menjalankan aktiviti pengambilan, mengutip, mengeluar dan menuai kerang-kerangan berkuat kuasa serta-merta.

Ia berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kes Ledakan Alga Berbahaya yang mendapati kandungan toksin Paralytic Shellfish Poisoning (PSP) pada sampel kupang yang diambil pada 17 Sept lepas berada di bawah paras 800 ppb.

Hasil pemantauan dan keputusan ujian kandungan biotoksin dalam sampel kupang yang diambil di perairan itu mendapati ia kurang daripada 800 ppb selama hampir empat minggu berturut-turut. Justeru, hidupan laut itu selamat untuk dimakan.

Pada 15 Ogos lepas, JPNS mengeluarkan larangan supaya pengusaha dan penternak tidak mengutip, mengambil atau menuai kerang-kerangan di perairan Port Dickson susulan kandungan biotoksin pada sampel kupang mempunyai kandungan toksin PSP melebihi paras parameter 800 ppb.

Larangan itu dikeluarkan sehingga pihaknya selesai menjalankan pemantauan dan orang awam dinasihatkan untuk tidak memakan kerang-kerangan dari kawasan terbabit bagi mengelakkan risiko keracunan makanan.

 

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …