GENG TONTO EKORI RAPAT KENDERAAN JPJ, GANGGU TUGAS PENGUATKUASAAN

Geng tonto yang berperanan sebagai ‘mata-mata gelap’ syarikat kenderaan perdagangan dilihat seolah-olah mencabar pihak berkuasa apabila secara terang-terangan mengekori rapat kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang menjalankan aktiviti penguatkuasaan. Situasi itu dapat diperhatikan ketika operasi terbabit di sekitar kawasan Nilai sehingga ke Jalan Labu pada Rabu.

Terdapat dua buah kenderaan pacuan empat roda yang berlegar-legar tidak jauh dari kenderaan JPJ yang memberhentikan lori, dipercayai membawa muatan berlebihan. Salah sebuah kenderaan itu segera beredar dari lokasi sebaik menyedari gambar mereka dirakam media.

Bagaimanapun, tidak lama kemudian, mereka kelihatan semula mengekori rapat kenderaan JPJ tetapi segera membelok masuk ke sebuah kedai alat perkakasan sebaik mengetahui terdapat kenderaan JPJ lain di belakang. Difahamkan, situasi tersebut bukanlah perkara baharu dilalui anggota penguatkuasa malah ada ketikanya sehingga lima kenderaan tonto yang cuba menganggu tugas mereka.

Menurut Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf, pihaknya mengesan kehadiran tonto yang aktif di beberapa laluan strategik seperti Nilai, Pedas dan Kuala Pilah. Bagi mengaburi pihak berkuasa, mereka menggunakan pelbagai jenis kenderaan termasuklah motosikal kapcai dan kereta sewa. Dalam sesetengah keadaan, penguat kuasa JPJ pernah diekori sehingga lima buah kenderaan tonto.

Tonto ini akan mengekori kenderaan penguat kuasa untuk memberi amaran kepada kenderaan perdagangan ini supaya mengelak sekatan.  Mereka akan menggunakan walkie-talkie dan aplikasi mesej untuk menyalurkan maklumat operasi JPJ selain turut disertakan dengan gambar kenderaan JPJ, nombor plat dan lokasi.

Kenderaan penguatkuasa biasanya akan diekori dari belakang sebaik sahaja didapati keluar dari pejabat atau plaza tol. Mereka ini biasanya berada di lokasi strategik seperti plaza tol, persimpangan lebuh raya, jalan industri atau hentian lori. Ia bagi memudahkan mereka memerhati pergerakan penguatkuasa.

Selain itu, beliau mengakui pernah terjadinya kes anggota diprovokasi oleh tonto ketika operasi kerana tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil. Sikap agresif tonto bukan hanya dalam bentuk verbal atau ugutan saja, tetapi termasuk tindakan menghalang dan mengganggu operasi. Tindakan mereka yang memandu secara berbahaya, memotong atau menghalang laluan pergerakan JPJ boleh mengundang risiko keselamatan jalan raya.Tindakan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan boleh dikenakan terhadap tonto kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

KAPAL TANGKI DISYAKI SIMPAN 50 TAN METRIK DIESEL DITAHAN DI PERAIRAN KUALA MELAKA

Kuala Linggi – Sebuah kapal tangki yang disyaki menyimpan kira-kira 50 tan metrik minyak diesel bernilai hampir RM180,000 tanpa dokumen …

BAJET MELAKA 2026: PERTINGKAT AKSES KESIHATAN RAKYAT

Ayer Keroh – Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem berharap Bajet Melaka 2026 akan menyediakan …

MELAKA BANGUNKAN ‘SUARA’, PLATFORM RASMI HIMPUN MAKLUM BALAS RAKYAT

Banda Hilir– Sistem Umum dan Analitik Rakyat (SUARA) dibangunkan di bawah Melaka Data Intelligence Centre (MDIC) kini menjadi platform rasmi …