UTEM, UNIVERSITI KINDAI BANGUNKAN SISTEM PENGURUSAN BANJIR

Ayer Keroh – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menjalinkan kerjasama strategik dengan Universiti Kindai, Jepun bagi membangunkan Sistem Pengurusan Bencana.

Naib Canselor UTeM, Prof Datuk Ts. Dr. Massila Kamalrudin berkata, kerjasama itu adalah hasil pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua-dua universiti berlangsung di Pavilion Malaysia pada program Minggu Melaka bersempena World Expo 2025 Osaka, Jepun baru-baru ini.

Jelasnya, menerusi MoU itu kedua-dua pihak sepakat membangunkan sistem pengimejan dan ramalan 3D kilat masa nyata bertujuan memberikan amaran awal ribut petir serta banjir kilat di Melaka.

“Kerjasama inovatif ini akan merealisasikan bagaimana teknologi canggih boleh menyumbang dalam aspek keselamatan dan kestabilan sosio-ekonomi komuniti kita.

“Sistem ini juga berperanan dalam penyediaan makluman yang tepat pada masanya kepada banyak golongan termasuklah nelayan dan pihak berkuasa bagi mengurangkan risiko kerosakan harta benda, kehilangan nyawa dalam usaha melindungi mata pencarian masing-masing,” ujarnya.

Menurutnya pada masa yang sama pengisian kerjasama strategik ini turut menyentuh beberapa perkara lain untuk dijayakan bersama seperti aktiviti mobiliti pelajar dan pensyarah.

“Turut akan dilaksanakan adalah program lawatan penyelidikan, Profesor Pelawat dan Profesor Adjung, program ‘Summer School’ dan pelbagai program penyelidikan dalam bidang sains dan kejuruteraan,” katanya.

Pada majlis pemeteraian MoU itu UTeM diwakili oleh Massila, manakala Universiti Kindai diwakili oleh presidennya, Profes Itaru Matsumura.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …