DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Mohd Nor Ahmad, Gelugor kembali meneruskan cabaran menyertai Pertandingan Anugerah Sekolah Hijau 2025 Peringkat Pulau, Pulau Pinang. Panel pengauditan pertandingan teruja dengan kecemerlangan sekolah ini yang menunjukkan prestasi yang cemerlang baik dari faktor meraih pelbagai kejayaan di peringkat negeri dan kebangsaan malah menjadi sekolah yang sering menjadi penganjur kepada acara-acara amalan hijau di Pulau Pinang.
Majlis Bandaraya Pulau Pinang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada seluruh anggota pasukan Anugerah Sekolah Hijau Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Mohd Nor Ahmad yang telah sudi menerima kunjungan panel penilai dan memberi kerjasama sepenuhnya dalam proses pengauditan Pertandingan Anugerah Sekolah Hijau 2025 Peringkat Pulau, Pulau Pinang.
Sumber : Majlis Bandaraya Pulau Pinangย https://www.facebook.com/majlisbandaraya.pulaupinang



