‘FLASHMOB’ ZAPIN BAKAL GAMATKAN ENCORE MELAKA

Ayer Keroh – Sebanyak lima jenis tarian zapin dengan pola lantai berbeza bakal dipersembahkan menerusi ‘flashmob’ Zapin sempena Majlis Peluncuran Tahun Melawat Malaysia 2025 di Encore Melaka, Klebang Sabtu ini.

Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) negeri, Ezlina Alias berkata persembahan itu dijayakan lebih 3,000 peserta melibatkan penari profesional, kumpulan artis kebudayaan negeri, pelajar institusi kemahiran, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), wakil JKKN Sabah dan Selangor serta orang awam.

Katanya, acara itu juga turut disertai kumpulan penari antarabangsa mewakili negara jiran seperti dari Dumai, Indonesia; Singapura dan Brunei.

“Persembahan besar ini menampilkan lima jenis tarian zapin yang antaranya Zapin Senandung Dua dan Zapin Bunga Hutan.

“Susunan lagu dan pola lantai pula dipilih sendiri oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dengan bantuan koreografer profesional,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas menghadiri Majlis Penutup Latihan Flash Mob Zapin Kumpulan Kolej Komuniti di JKKN Melaka, di sini, semalam.

Ezlina berkata, kumpulan kolej komuniti melibatkan gabungan 100 pelajar Kolej Komuniti Bukit Beruang; Kolej Komuniti Kota Melaka dan Kolej Komuniti Tampin.

“Kesemua mereka ini berlatih selama lebih seminggu dan berkampung di JKKN Melaka selama empat hari untuk mempelajari tarian zapin,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …