FASA PERALIHAN MONSUN DIJANGKA BERMULA AKHIR BULAN INI HINGGA NOVEMBER

Negara kini berada di penghujung Monsun Barat Daya dan dijangka memasuki fasa peralihan monsun menjelang akhir bulan ini sehingga November depan.

Ketua Pengarah Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip, berkata negara dijangka mengalami peningkatan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang, terutama pada sebelah petang hingga awal malam. Taburan hujan akan berkurangan berikutan kemunculan Taufan Ragasa dan ribut tropika Bualoi di timur Filipina serta Laut China Selatan dalam beberapa hari akan datang. Namun, cuaca dijangka kembali lembap dengan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang lebih kerap terutama pada sebelah petang hingga awal malam apabila fasa peralihan monsun bermula.

Kawasan berisiko tinggi diramal berdepan hujan lebat dan ribut petir sepanjang fasa peralihan monsun membabitkan timur Semenanjung, barat dan tengah Sarawak serta timur Sabah. Namun sekiranya berlaku luruan monsun kuat, negeri di barat Semenanjung selain beberapa bahagian lain di Sabah dan Sarawak turut berpotensi terkesan.

Mohd Hisham berkata, cuaca ketika ini tidak mempunyai kaitan dengan permulaan Monsun Timur Laut (MTL). Fenomena MTL dijangka bermula pada awal November depan dengan corak hujan lebih kerap di negeri Pantai Timur Semenanjung, barat Sarawak serta timur Sabah.

Tinjauan terkini menunjukkan taburan hujan bulanan sepanjang MTL 2025/2026 di kebanyakan negeri dijangka pada paras purata kecuali di Sabah yang dijangka melebihi paras purata dan sepanjang fasa peralihan monsun, bencana yang biasa berlaku adalah banjir kilat, petir, angin kencang, kepala air, hujan batu dan puting beliung.

METMalaysia akan mengeluarkan amaran hujan berterusan dalam tempoh satu hingga tiga hari atau lebih awal sebelum kejadian.Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan mengeluarkan amaran banjir manakala Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menyelaras tindakan serta pengurusan bencana bencana.

Sumber : BH Online

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …