PROGRAM PEMBANGUNAN TAMU DESA MANFAAT HAMPIR 4,000 PENIAGA

TAMU: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick membeli sayur daripada peniaga ketika melawat ruang niaga selepas merasmikan Tamu Desa Pekan Telupid, hari ini. – Gambar BERNAMA

TELUPID: Program Pembangunan Premis (Tamu Desa) di Sabah dan Sarawak memberi manfaat kepada 3,922 peniaga tamu yang kini dapat berniaga dalam suasana lebih selesa, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.

Beliau berkata sebelum ini, kebanyakan peniaga tamu yang terdiri daripada golongan wanita berniaga dalam keadaan panas di bawah kanopi, namun dengan adanya kemudahan tapak tamu yang dinaik taraf, mereka kini dapat berniaga dengan lebih selesa dan teratur.

“Sebelum ini, kita melihat premis Tamu Desa dalam keadaan daif serta kekurangan infrastruktur dan kemudahan awam yang sepatutnya memberi keselesaan kepada komuniti penjaja serta pengunjung.

“Tamu Desa mampu menggerakkan pembangunan sosioekonomi dan meningkatkan kualiti hidup masyarakat luar bandar,” katanya ketika merasmikan Tamu Desa Pekan Telupid, hari ini.

Beliau berkata sebanyak 100 projek pembangunan Tamu Desa telah dilaksanakan tahun lepas dengan peruntukan hampir RM19 juta.

Bagi fasa pertama tahun 2024, sebanyak 49 projek pembangunan Tamu Desa dilaksanakan di Sabah dan Sarawak dengan kos RM8.69 juta, manakala fasa kedua pula melibatkan 51 projek dengan kos RM9.9 juta.

“Kejayaan projek ini mendorong Kerajaan MADANI untuk meneruskan pelaksanaannya di Sabah pada 2025 dengan peruntukan sebanyak RM10 juta, termasuk satu tapak di daerah Telupid,” katanya.

Ewon berkata beliau yakin menerusi Belanjawan 2026, kerajaan akan terus memberi fokus kepada projek Tamu Desa memandangkan permintaan dan permohonan masih tinggi diterima oleh kementeriannya.

Beliau menegaskan bahawa inisiatif Kerajaan Persekutuan dengan kerjasama kerajaan negeri itu akan dapat meningkatkan tahap sosioekonomi komuniti penjaja di tamu desa melalui proses menaik taraf dan pembinaan baharu premis Tamu Desa.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …