KEBOCORAN PAIP GAS DI KERTEH TIDAK JEJASKAN PROJEK ECRL
Kebocoran paip gas di Seksyen Lima, di Kertih, Kemaman, Sabtu lalu, tidak menjejaskan projek pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata kerajaan sudah menerima laporan mengenai insiden kebocoran paip gas tetapi siasatan bagi menentukan punca kebocoran masih dalam siasatan.
Walaubagaimanapun, Petronas Gas Berhad (PGB) sedang melakukan kerja pembaikan termasuk menutup dua injap utama serta kerja pengosongan gas dan insiden itu hanya membabitkan kebocoran saluran paip gas dan tidak meletup seperti kejadian di Putra Heights pada April lalu.
Mengulas lanjut, Loke berkata, PGB sudah mengambil tindakan segera iaitu menutup dua injap bagi menyekat aliran bekalan gas untuk melakukan kerja pembaikan dan memberi jaminan insidenkebocoran paip gas tidak akan menjejaskan pelaksanaan projek ECRL di Terengganu.
Sumber : Sinar Harian Online



