TERENGGANU CATAT LEBIH 6.9 JUTA PELANCONG DALAM TEMPOH ENAM BULAN

Terengganu terus mencatatkan perkembangan positif dalam sektor pelancongan apabila menerima kehadiran lebih 6.9 juta pelancong dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri Terengganu, Datuk Razali Idris berkata, kerajaan negeri optimis jumlah itu akan terus meningkat sehingga hujung tahun ini sekali gus melepasi sasaran awal sebanyak 8.5 juta pelancong.

“Kedatangan pengunjung ke Terengganu dalam tempoh separuh tahun ini amat positif dengan 70 peratus merupakan pelancong domestik manakala selebihnya antarabangsa. Jika momentum ini berterusan, tidak mustahil kita mampu mencatatkan lebih 10 juta pelancong pada hujung tahun nanti,” katanya.

Tambahan lagi, pengiktirafan Terengganu sebagai negeri paling bahagia di Malaysia oleh Jabatan Perangkaan baru-baru ini turut menjadi faktor penting yang mampu mengukuhkan lagi jenama negeri itu sebagai destinasi pelancongan pilihan.

Status tersebut bersandarkan kepada keunikan tarikan semula jadi, kekayaan budaya serta kemesraan rakyat yang menjadi daya penarik utama pelancong untuk mengunjungi Terengganu.

Sumber: Kosmo

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …