π—–π—˜π—₯𝗔𝗠𝗔𝗛 π—žπ—˜π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§π—”π—‘ π—π—”π—Ÿπ—”π—‘ π—₯𝗔𝗬𝗔 𝗗𝗔𝗑 π—£π—˜π— π—”π—‘π——π—¨π—”π—‘ π—•π—˜π—₯π—›π—˜π— π—”π—›

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Pulau Pinang melalui Unit Keselamatan Jalan Raya dan Korporat telah memenuhi jemputan daripada Penfabric Sdn. Bhd untuk menyampaikan Ceramah Keselamatan Jalan Raya dan Pemanduan Berhemah kepada warga kerja syarikat tersebut.
Sesi perkongsian ilmu pada kali ini lebih berfokus kepada:
βœ… Pematuhan kepada peraturan lalu lintas berdasar Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan.
βœ… Membudayakan Penunggangan Selamat;
* Pemakaian Keselamatan
* Pemeriksaan Kenderaan (T-Clock)
* Pemakaian topi keledar mengikut spesifikasi dan piawaian standard Malaysia.
* Kepentingan kebolehlihatan penunggang dan pembonceng.
* Mengenal pasti zon titik buta kenderaan.
* Kepentingan pengetahuan tentang jarak selamat dan pematuhan had laju.
* Mengaplikasikan teknik CITO dalam pemanduan selamat
βœ… Perkongsian berkaitan:
– Microsleep
– Kepentingan Penggunaan segitiga kecemasan dan kon keselamatan
– Larangan penggunaan lampu hazard ketika hujan lebat.
Jom kita amalkan langkah- langkah keselamatan jalan raya yang betul. Ingatlah orang yang tersayang.
Sumber : JPJ Negeri Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/JPJPulauPinang

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.Β  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR Β KOTA KINABALU: Sindiket β€˜bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …