DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Berdasarkan aduan dan risikan, Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang telah membuat penguatkuasaan khas pelbagai kesalahan kenderaan perdagangan di Sungai Bakap, Jawi dan Bandar Cassia. Penguatkuasaan pematuhan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Kaedah-Kaedah Pembinaan dan Penggunaan (C&U) 1959 dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715), dilakukan kerana terdapat aduan awam lori tipper pandu laju dan membawa lebih muatan.
Hasil penguatkuasaan yang dilakukan selama 3 hari berturut-turut, Pelbagai kesalahan dikesan dan diambil tindakan. Kesalahan seperti tiada lesen memandu (pemandu warga asing), membawa lebih muatan, guna telefon bimbit/ alat telekomunikasi semasa memandu, kesalahan teknikal seperti cermin gelap, tayar haus berlebihan, lampu brek dan isyarat tidak berfungsi, ubahsuai kenderaan tanpa kebenaran dan gagal selenggara kenderaan dengan baik. Sebanyak 161 notis saman dan teknikal telah dikeluarkan dan sebuah lori tipper dipandu warga asing disita.
Sumber : JPJ Negeri Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/JPJPulauPinang



