UTEM TERIMA ANUGERAH TVET TERBAIK UNIVERSITI AWAM 2025

Ayer Keroh – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mengekalkan kecemerlangan apabila dinobatkan sebagai penerima anugerah Universiti Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Terbaik Malaysia bagi kategori universiti awam 2025.

Anugerah anjuran Education +TVET Asia Publications itu mengiktiraf kecemerlangan dan sumbangan UTeM dalam bidang TVET Malaysia dan rantau ASEAN.

Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Dr. Ts. Massila Kamalrudin berkata, pengiktirafan itu adalah mesej jelas terhadap segenap usaha dan komitmen pihaknya dalam pemerkasaan TVET di negara ini.

“Alhamdulillah UTeM menerima pengiktirafan ini buat dua tahun berturut-turut, ini merupakan simbolik keunggulan kami sebagai Universiti Awam TVET terbaik di negara ini.

“UTeM dengan bidang TVET ibarat isi dan kulit kerana pembangunan teras strategik utama UTeM menerusi Pelan Strategik UTeM 2023-2025 adalah berfokus kepada memperkasa TVET meluncur kerjaya seiringan hasrat negara melalui Majlis TVET Negara,” katanya menerusi satu kenyataan.

Terdahulu beliau menerima anugerah tersebut yang disampaikan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud pada Majlis Malaysia Education & TVET Awards (META) 2025 di Kuala Lumpur, semalam.

Katanya, seluruh elemen meliputi aspek pendidikan, penyelidikan inovasi, pembangunan pelajar, hubungan industri, institusi pendidikan, kerjasama dengan agensi strategik dan pemerkasaan komuniti digerakkan bagi mencapai kejayaan TVET secara meluas.

“Hasilnya amat memberangsangkan apabila setiap elemen itu membuahkan impak diharapkan, antaranya penawaran bidang pengajian kami menepati keperluan dan permintaan semasa industri, bilangan kemasukan pelajar melebihi dari yang disasarkan,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …