Durian Tunggal – Sebanyak 200 set dam aji diagihkan kepada wakil komuniti sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal, susulan minat penduduk di DUN itu terhadap sukan tradisional berkenaan yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk Zahari Abd Kalil berkata, inisiatif itu juga selaras hasrat Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang bersungguh-sungguh untuk menghidupkan kembali permainan warisan.
“Kami di DUN Durian Tunggal menyokong dan menyahut saranan Ketua Menteri, bukan sahaja dam aji, malah beliau juga mahu mempopularkan semula permainan warisan lain termasuk konda kondi.
“Negeri lain tidak melaksanakan inisiatif ini, hanya Melaka yang menjadi perintis,” katanya kepada Melaka Hari Ini selepas Majlis Penyerahan Set Dam Aji di Japerun Durian Tunggal, di sini pada Selasa.
Ketua Menteri berharap pengagihan melibatkan JPKK seluruh di egeri Melaka dapat menghidupkan semula permainan warisan itu dalam kalangan komuniti, terutamanya golongan muda.
Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)



