BULI, DERA DAN JENAYAH SEKSUAL KANAK-KANAK PERLU DITANGANI LEBIH TEGAS – TUNKU ZAIN

Ancaman buli, penderaan serta jenayah seksual terhadap kanak-kanak dan remaja perlu ditangani secara tegas dengan pembabitan semua pihak termasuk institusi pendidikan, komuniti dan keluarga, titah Tunku Zain Al-‘Abidin Tuanku Muhriz.

Baginda yang juga Pengerusi Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi bertitah meskipun pelbagai program dijalankan Kementerian Pendidikan dan agensi kerajaan lain tetapi masalah berkenaan masih membimbangkan kerana belum menunjukkan keberkesanan sepenuhnya.

Tunku Zain Al-‘Abidin bertitah jenayah seperti itu bukanlah isu baharu, namun cabaran dunia moden seperti media sosial, tekanan rakan sebaya serta kecuaian masyarakat menjadikan kes itu semakin berleluasa.

Baginda mencadangkan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan termasuk KPM (Kementerian Pendidikan) terus menyemarakkan kempen dan memperkukuh ‘Amalan Sekolah Sejahtera’ di semua peringkat serta pelbagai program untuk menanam perasaan benci terhadap buli, penderaan dan jenayah seksual ke akar umbi. Ramai mangsa khususnya kanak-kanak dan remaja tidak tahu cara untuk bersuara dan takut untuk melaporkan apa yang dialami.

Baginda bertitah demikian ketika berucap menyempurnakan Kempen Jenayah Buli Penderaan dan Jenayah Seksual Peringkat Negeri Sembilan yang turut dihadiri Presiden IKON Malaysia Mia Nurhamizah Abdul Ghapar. Program yang julung kali diadakan itu adalah anjuran Pertubuhan IKON Malaysia dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia, Jabatan Penjara Negeri Sembilan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Kesihatan.

Sementara itu, menurut Presiden IKON Malaysia Mia Nurhamizah, pihaknya komited dalam memperjuangkan undang-undang yang lebih tegas terhadap pelaku jenayah serta menambah baik sistem perlindungan mangsa.

Sumber: Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

AARON OPTIMIS SUMBANG PINGAT DI SUKAN SEA THAILAND

Bandaraya Melaka – Pemain badminton beregu lelaki negara Aaron Chia Teng Fong, optimis untuk menyumbang pingat kepada kontinjen negara pada …

DIET SUKU-SUKU SEPARUH: PANDUAN PEMAKANAN SIHAT UNTUK SEMUA

Diet Suku-Suku Separuh ialah konsep pemakanan sihat yang diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membantu masyarakat mengamalkan gaya hidup …

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN AIR PUTIH UNTUK KEGUNAAN BADAN SEHARIAN

Air putih atau air kosong merupakan komponen penting dalam kehidupan manusia. Tubuh manusia mengandungi kira-kira 60–70% air, dan ia memainkan …