KPDN LAKSANA SESI LIBAT URUS TENTUKAN KADAR APM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali (kiri) tertarik melihat produk tempatan yang dijual di Stesen Minyak PETRONAS pada majlis penyerahan Kit Jalur Gemilang dan pelancaran Kempen Love Local di Stesen Minyak PETRONAS Papar hari ini. – Gambar BERNAMA

PAPAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang melaksanakan sesi libat urus bersama persatuan yang berkaitan mengenai dasar penentuan harga runcit produk petroleum dan kadar Mekanisme Harga Automatik (APM).

Menteri berkenaan Datuk Armizan Mohd Ali berkata hasil libat urus itu, segala cadangan dan syor akan dipanjangkan kepada Kementerian Kewangan (MOF) dalam masa terdekat.

“KPDN sedia maklum berhubung permohonan dan rayuan daripada syarikat serta pengusaha stesen minyak untuk dibuat semakan kadar APM.

“Sebaik sahaja kerajaan memutuskan dasar dan mekanisme penyasaran subsidi RON95, kita yakin agensi pusat iaitu MOF mempertimbangkan kadar baharu APM,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan kit Jalur Gemilang (kluster industri) dan pelancaran kempen Love Local di Stesen Minyak PETRONAS di sini hari ini.

Armizan, yang juga Ahli Parlimen Papar, berkata KPDN bertanggungjawab memastikan bekalan petrol serta diesel sentiasa mencukupi dan produk petroleum dapat dinikmati oleh golongan sasar.

Media sebelum ini melaporkan Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Bumiputera Malaysia (Bumipeda) dan Persatuan Pengusaha Minyak Malaysia memohon agar semakan semula margin pada APM dan Kadar Diskaun Pedagang dilakukan.

Armizan juga berkata sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini, KPDN turut menjayakan kempen Kibar Jalur Gemilang di semua 4,320 stesen minyak PETRONAS di seluruh negara sebagai sebahagian daripada inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang.

Beliau berkata pada masa sama, PETRONAS melaksanakan kempen Love Local bermula 25 Ogos hingga 30 Sept untuk menyokong kempen beli barangan Malaysia yang diselaras oleh KPDN untuk menggalakkan produk keluaran usahawan tempatan.

Armizan berkata KPDN amat menghargai komitmen PETRONAS dalam mendukung agenda memajukan

perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) melalui penjualan produk keluaran tempatan di lebih 850 premis rangkaian Kedai Mesra seluruh negara termasuk 50 di Sabah.

“Setakat ini, Kedai Mesra mempunyai 1,842 pembekal produk tempatan dan hasil jualan produk PMKS di rangkaian Kedai Mesra juga terus mencatatkan momentum peningkatan dari tahun ke tahun melebihi RM150 juta,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …