BOM PERANG DUNIA KEDUA DITEMUKAN DI SUNGAI SEGAMA

BAHAYA: Bom lama dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua ditemukan di tebing Sungai Segama.

LAHAD DATU: Sebutir bom lama dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua ditemukan seorang lelaki ketika menjala ikan di tebing Sungai Segama, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Haji Ismail, berkata bom jenis Unexploded Ordnance (UXO) Aerial Bomb itu ditemukan kira-kira jam 10 pagi sebelum dimaklumkan kepada pihak polis.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati bom berkenaan berukuran 30 sentimeter panjang dengan ukur lilit 40 sentimeter serta dianggarkan seberat 226 kilogram.

“Siasatan lanjut Cawangan Persenjataan IPD Lahad Datu mengesahkan ia dipercayai buatan British dan peninggalan Perang Dunia Kedua,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Beliau berkata, kawasan penemuan kini dikawal pihak polis sementara menunggu tindakan Unit Pemusnah Bom (UPB) dari Ibu Pejabat Kontinjen Sabah bagi tujuan pemusnahan.

“Orang ramai turut dinasihatkan supaya tidak menghampiri kawasan terbabit bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …