PROGRAM KARNIVAL PILAH SELAMAT 2025

Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sembilan turut sama terlibat dalam menjayakan Program Karnival Pilah Selamat 2025 anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah yang telah diadakan pada 15 dan 16 Ogos 2025 bertempat di Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah.

Antara objektif penganjuran program ini ialah penerapan pengetahuan berkaitan jenayah komersil kepada masyarakat luar bandar bagi memastikan mereka sedar dan maklum berhubung ancaman keselamatan yang boleh menyebabkan kerugian wang ringgit khususnya tawaran pelaburan tidak wujud dan pelaburan tidak sah. Penerapan pengetahuan berkaitan jenayah siber kepada masyarakat luar bandar bertujuan untuk menerapkan kesedaran kepada mereka berkaitan kesalahan-kesalahan yang melibatkan penggunaan platform media social. Pembentukan kemahiran kritikal dalam membezakan maklumat melalui pendedahan maklumat sahih dan tepat daripada pakar bagi meningkatkan pengetahuan orang awam berhubung modus operandi penjenayah siber dan komersil memerangkap mangsa.

Program ini juga membuka ruang kepada masyarakat untuk mendekati agensi-agensi keselamatan dan menjalin kerjasama anatara orang awam dan agensi keselamatan bagi memastikan isu keselamatan menjadi perkara yang diberi perhatian oleh semua. Program ini juga menjadi platform untuk orang awam berhubung secara terus dengan agensi keselamatan bagi membangkitkan isu-isu keselamatan yang menjadi keresahan di kalangan masyarakat.

Program selama dua hari berkenaan dimulakan dengan Majlis Forum Perdana Ehwal Islam pada hari Jumaat sebelum diteruskan dengan Program Pocket Talk Keselamatan: “Ancaman Jenayah Siber dan Scammer Kepada Komuniti” pada keesokan harinya. Turut dilaksanakan edaran kit keselamatan gerak saraf dan perang saraf dan risalah keselamatan kepada semua kumpulan sasar yang hadir selain pameran agensi keselamatan dan agensi-agensi kerajaan kepada orang awam.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …