TERENGGANU PACU BUKIT BUBUS KE PENTAS ANTARABANGSA

Kerajaan Terengganu memacu Bukit Bubus, Tembila sebagai hab sukan udara bertaraf antarabangsa melalui Terengganu International Air Festival (TIAF) yang disasarkan mencapai kemuncak sempena Tahun Melawat Terengganu 2027. Edisi 2025 mencatat penyertaan 66 peserta dari sembilan negara, sekali gus mengangkat TIAF daripada acara nasional ke peringkat antarabangsa. Tahun depan, Bukit Bubus bakal menjadi tuan rumah Liga Negara-Negara Asia dan World Cup Paragliding.

Bagi memperkukuh penganjuran, kerajaan negeri menyediakan RM20,000 untuk penyelenggaraan dan pengindahan kawasan serta merancang tambahan RM50,000 bagi menaik taraf infrastruktur termasuk cadangan sukan rock climbing pada 2026. Penganjuran ini dijangka memberi limpahan ekonomi kepada komuniti setempat, khususnya peniaga dan pengusaha tempatan, selaras dengan hasrat menjadikan Terengganu destinasi sukan ekstrem berprestij di rantau ini.

Sumber: TRDI, TEAM3A

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …