CUBAAN SELUDUP KELUAR EMPAT TAN BERAS, PETROL GAGAL

RAMPAS: Kedua-dua suspek bersama barang rampasan dibawa ke Pangkalan Zon Maritim Tawau.

TAWAU: Cubaan dua lelaki membawa empat tan beras dan 700 liter petrol gagal selepas bot kargo mereka ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), pagi tadi.

Dalam kejadian jam 7 pagi itu, bot kargo berkenaan dikesan ketika Maritim Malaysia menjalankan Ops Pluto Timur, Ops Sejahtera dan Ops Tiris di kedudukan 2.15 batu nautika selatan Batu 3, di sini.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Ariffin Ghazali berkata, semua barang kawalan berkenaan disembunyikan di bawah timbunan botol kosong gagal mengaburi pihak berkuasa.

Katanya, bot itu dikendalikan seorang juragan lelaki tempatan berusia 60 tahun bersama pembantu lelaki warga Indonesia berusia 58 tahun yang memiliki pasport sah.

“Juragan terbabit gagal mengemukakan sebarang permit berkaitan barang kawalan dan permit beras bagi muatan dibawa.

“Hasil penggeledahan menemukan 400 kampit beras dianggarkan seberat empat tan serta 27 gelen petrol bersamaan 700 liter,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, semua rampasan termasuk bot kargo dan enjin yang dianggarkan bernilai RM55,000 itu di bawa ke Pangkalan Zon Maritim Tawau untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522),” katanya

Ariffin berkata, siasatan juga dijalankan bagi mengenal pasti sama ada muatan berkenaan cuba diseludup ke negara jiran berikutan jumlah yang dibawa dan pergerakan bot yang dikesan pada awal pagi.

“Maritim Malaysia akan terus memperkukuh penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti haram serta jenayah rentas sempadan khususnya di Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE).

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Tawau di talian 089-752116 atau MERS 999,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …