PAHANG RANGKUL ANUGERAH UTAMA MALAM ANUGERAH INDUSTRI PELANCONGAN 2025

KUANTAN, 10 OGOS 2025 : Pahang terus mengukuhkan reputasi sebagai destinasi pelancongan utama negara apabila berjaya merangkul Anugerah Kadar Purata Penginapan Tertinggi Terbaik di Malaysia pada Malam Anugerah Industri Pelancongan 2025, malam tadi.

Anugerah utama itu disampaikan kepada Tourism Pahang dalam majlis yang dianjurkan oleh Malaysia International Tourism Development Association (MiTDA) dengan kerjasama Majalah Santai Travel di Grand Lagoon Ballroom, Sunway Resort Hotel, Selangor.

Pengurus Besar Tourism Pahang, Tuan Kamaruddin Ibrahim hadir mewakili Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, YB. Puan Leong Yu Man untuk menerima anugerah tersebut.

Katanya, pengiktirafan yang telah dianugerahkan kepada Negeri Pahang itu merupakan sebuah pengiktirafan yang menjadi titik tolak kepada para penggiat industri pelancongan untuk lebih komited dan memperkasa industri Pelancongan negeri Pahang agar kekal unggul di Malaysia dan berkembang maju di persada antarabangsa.

Selain itu, pada majlis itu, Pahang turut menerima lima anugerah lain antaranya Majlis Bandaraya Kuantan yang menerima dua anugerah iaitu Inisiatif Pembangunan Pelancongan Terbaik dan Destinasi Rekreasi Terbaik.

Bilut Hills Eco Resort Pahang pula menerima anugerah Resort Inovasi dan Kreatif Terbaik, manakala Resort World Genting memenangi dua anugerah iaitu Destinasi Percutian Keluarga Terbaik dan Destinasi Membeli-Belah Bersepadu Gaya Hidup Terbaik.

Sumber: PAHANGMEDIA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …