ANGGOTA IMIGRESEN DIDAKWA ROMPAK WARGA PAKISTAN

Seorang anggota imigresen berdepan hukuman penjara sehingga 14 tahun selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Isnin atas pertuduhan merompak seorang lelaki warga Pakistan di Rembau, bulan lalu.

Tertuduh, Mohd Nazrul Md Yasin, 38, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Yusna Khadijah Md Yusop. Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan rompakan terhadap mangsa, Khan Qasim dengan mengambil sebuah telefon bimbit jenama Vivo model V2025, wang tunai RM440, wang dalam e-dompet Touch ’n Go sebanyak RM210 serta pasport milik mangsa. Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 11 Julai 2025, kira-kira jam 6.10 petang di tepi jalan Kampung Miku Pindah, Rembau.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Tiada jaminan ditawarkan terhadap tertuduh dan mahkamah menetapkan 14 Ogos 2025 sebagai tarikh sebutan semula kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …