MENEROKA GELORA ‘FEAR OF MISSING OUT’ (FOMO): SUATU FENOMENA PSIKOLOGI

FOMO didefinisikan sebagai “ketakutan berterusan bahawa orang lain mungkin mengalami pengalaman yang bermanfaat dari mana seseorang itu tidak hadir” (Przybylski et al., 2013). Dalam konteks tempatan, FOMO boleh dimanifestasikan sebagai perasaan cemas apabila individu berasa bimbang ketinggalan sesuatu pengalaman atau peristiwa yang dianggap penting, terutamanya di media sosial. Dalam arus digital di Malaysia, capaian media sosial meningkatkan pendedahan kepada aktiviti individu lain, lalu menimbulkan rasa takut terlepas peluang melalui pelbagai skop seperti berikut:

  • FOMO Digital: Takut terlepas trend di media sosial seperti Instagram, TikTok dan Facebook
  • FOMO Ekonomi: Takut terlepas peluang kekayaan seperti matawang kripto, saham atau hartanah
  • FOMO Sosial: Takut tidak mampu hadir di majlis (event), perjumpaan (gathering), restoran atau destinasi pelancongan dan lokasi Outfit of the Day (OOTD) yang sedang tular
  • FOMO Profesional: Takut terlepas peluang kerjaya atau networking

 

Kesan Negatif FOMO Terhadap Masyarakat Malaysia

  1. Kesan Psikologi dan Mental

FOMO menyumbang kepada peningkatan tahap kegelisahan dan kemurungan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Kajian tempatan menunjukkan bahawa individu yang mengalami FOMO tinggi cenderung mengalami:

  • Kegelisahan sosial: Tekanan untuk sentiasa “updated” dan tidak terlepas apa-apa.
  • Perbandingan sosial: Taraf kehidupan sendiri dilihat ‘kurang’ berbanding kehidupan orang lain di media sosial.
  • Ketagihan media sosial: Tempoh masa tontonan media sosial yang berlebihan kerana tidak mahu terlepas maklumat.
  • Kemurungan: Perasaan tidak berpuas hati dengan kehidupan sendiri.
  1. Kesan Ekonomi dan Kewangan

FOMO telah menimbulkan budaya kepenggunaan yang tidak sihat dalam masyarakat Malaysia melalui:

  • Pembelian Impulsif: Membeli produk atau perkhidmatan hanya kerana trending
  • Hutang Berlebihan: Menggunakan kad kredit atau pinjaman secara ‘Buy Now, Pay Later’ (BNPL) untuk memenuhi gaya hidup yang melebihi kemampuan kewangan
  • Pelaburan Berisiko: Melabur dalam pasaran tukaran matawang asing (FOREX), komoditi dan matawang kripto tanpa ilmu yang mencukupi
  • Pembaziran Sumber: Berbelanja untuk pengalaman yang tidak memberikan kepuasan jangka panjang
  1. Kesan Sosial dan Perhubungan

FOMO turut menjejaskan kualiti perhubungan interpersonal:

  • Hubungan Superfisial: Mengutamakan kuantiti berbanding kualiti dalam jaringan sosial
  • Mental Absence: Walaupun hadir secara fizikal, tetapi keadaan mental teralih kepada perkara lain
  • Persaingan Tidak Sihat: Persaingan untuk mendapatkan “likes” dan pengiktirafan sosial
  • Pengasingan Paradoks Sosial: Walaupun terhubung secara digital, tetapi emosi masih merasa sunyi
  1. Kesan Terhadap Produktiviti dan Prestasi

FOMO menjejaskan produktiviti dalam pelbagai aspek:

  • Gangguan Fokus: Sering memeriksa telefon dan media sosial semasa bekerja atau belajar
  • Sikap Suka Bertangguh: Menangguhkan tugasan penting untuk mendapatkan maklumat tentang trend terkini di media sosial
  • Penurunan Kualiti Kerja: Fokus yang terganggu mengakibatkan hasil kerja yang kurang berkualiti
  • Keputusan Yang Tergesa-gesa: Membuat pilihan tanpa pertimbangan yang matang kerana takut terlepas promosi khas dan peluang keemasan

 

Golongan Yang Terkesan

  1. Generasi Milenial dan Gen Z (Umur 18-40 tahun)

Golongan ini merupakan yang paling terkesan dengan FOMO kerana:

  • Digital Natives: Membesar dengan teknologi dan media sosial
  • Tekanan Kerjaya: Menghadapi persaingan sengit dalam pasaran kerja
  • Ketidakstabilan Ekonomi: Berhadapan dengan kos sara hidup yang tinggi dan ketidaktentuan ekonomi
  • Pengaruh Media Sosial: Golongan yang paling aktif dalam platform digital dan mudah terpengaruh
  1. Golongan Berpendapatan Rendah (B40)

Kumpulan ini terkesan kerana:

  • Aspirasi Sosial: Ingin meningkatkan status sosial tetapi terhad dari segi kemampuan kewangan
  • Tekanan Ekonomi: Menghadapi tekanan untuk mengekalkan gaya hidup tertentu
  • Capaian Terhad: Tidak mahu ketinggalan dalam mengikuti setiap trend walaupun kewangan tidak mencukupi
  1. Golongan Wanita

Kajian menunjukkan golongan wanita lebih cenderung mengalami FOMO disebabkan:

  • Kadar penggunaan media sosial yang lebih intensif
  • Tekanan sosial untuk mengekalkan imej yang sempurna
  • Tindakan suka membandingkan diri sendiri dengan orang lain yang lebih menarik atau hebat
  1. Pelajar dan Mahasiswa

Golongan ini terkesan kerana:

  • Takut terlepas peluang dan dianggap ketinggalan zaman
  • Mudah terpengaruh dengan aktiviti dan gaya hidup rakan sebaya
  • Kegusaran tentang prospek kerjaya dan kehidupan masa hadapan

 

Faktor Penyumbang FOMO di Malaysia

  1. Mentaliti Masyarakat
  • “Kiasu”: Budaya tidak mahu kalah atau ketinggalan
  • Status Consciousness: Penumpuan yang tinggi tentang status sosial
  • Collectivism: Mengutamakan penerimaan dan pendapat orang ramai
  1. Kemajuan Teknologi dan Media Sosial
  • Internet: Kadar capaian internet yang tinggi (87% pada 2023)
  • Telefon pintar: Penggunaan telefon pintar secara meluas
  • Media Sosial: Kepelbagaian platform media sosial yang popular
  1. Faktor Ekonomi
  • Pendapatan: Jurang pendapatan yang ketara antara kelas sosial
  • Money Illusion: Cognitive bias menimbulkan kuasa beli yang palsu
  • Spekulasi: Ketidaktentuan ekonomi yang mendorong pelaburan spekulatif

 

Langkah Membendung FOMO

  • Digital Detox: Menghadkan masa penggunaan media sosial
  • Mindfulness: Mengamalkan kesedaran diri dan hidup dalam realiti
  • Goal Setting: Menetapkan matlamat peribadi yang realistik dan bermakna

Mitigasi bencana FOMO memerlukan pendekatan secara holistik yang melibatkan semua pihak. Rakyat Malaysia perlu memahami bahawa kehidupan yang bermakna bukan terletak pada kemampuan untuk mengikuti setiap trend, tetapi pada kemampuan untuk membuat pilihan yang bijak. Hanya melalui kesedaran dan tindakan secara kolektif, masyarakat Malaysia dapat mengurangkan kesan negatif FOMO dan membina masyarakat yang lebih sihat dari segi mental dan emosi.

Nota penulis:

Artikel ini ditulis berdasarkan kajian literatur dan pemerhatian terhadap fenomena FOMO dalam konteks masyarakat Malaysia. Pembaca disarankan untuk merujuk kepada kajian empirikal yang lebih mendalam untuk lebih memahami isu ini.

 

Disediakan oleh:

Bakhtiar Effendy Khalid

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …