DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Kempen ini merupakan inisiatif bersama Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam usaha memperkasa budaya kebersihan dan keselamatan makanan dalam kalangan para pengusaha premis makanan serta komuniti setempat. Lokasi EVOKE dipilih kerana potensinya sebagai pusat tumpuan awam dengan sasaran peningkatan taraf kebersihan daripada Gred B ke Gred A.
Turut dilancarkan ialah program gotong-royong yang melibatkan pengusaha, komuniti dan agensi-agensi berkaitan sebagai simbol kolaborasi dalam penjagaan persekitaran premis makanan. MBSP turut mengadakan Pertandingan Premis Makanan Bersih, Selamat & Cantik dan pada majlis ini, tiga premis terbaik telah diumumkan sebagai pemenang.
Sumber : Majlis BandarayaΒ Seberang PeraiΒ https://www.facebook.com/mbsp.pg



