KONVOI 107 KENDERAAN WARNAI KEMBARA MERDEKA PERINGKAT NEGERI MELAKA

Rim – Kibaran Jalur Gemilang dipasang pada 107 pelbagai jenis kenderaan, mewarnai suasana dan membangkitkan semangat patriotisme dalam kalangan pengunjung hadir menyaksikan pelepasan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2025 Peringkat Negeri Melaka di Kolej Vokasional Datuk Seri Abu Zahar Isnin, di sini, hari ini.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, jumlah itu melebihi sasaran awal Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) yang menetapkan hanya 68 kenderaan.

“Seperti biasa Kerajaan Negeri Melaka sentiasa memberikan sokongan padu apabila melibatkan program yang berbentuk kenegaraan atau patriotisme. Konvoi 107 buah kenderaan sejauh 60 kilometer ini singgah di McDonald’s Batu Berendam, Masjid Ar-Rahman Durian Tunggal dan Pasar Menggong di Alor Gajah.

“Majlis penutup KMJG 2025 Peringkat Negeri Melaka akan berlangsung di Japerun Rembia, pada esok. Seterusnya konvoi akan Muzium Rembau, Negeri Sembilan bagi acara simbolik penyerahan, sekali gus meneruskan program di negeri itu,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian KMJG 2025 Peringkat Negeri Melaka di kolej tersebut, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah JaPen Melaka, Ab Rasil Hajatil dan Pengarah Kolej Vokasional Datuk Seri Abu Zahar Isnin, Idopi Senin.

Bersempena sambutan bulan kebangsaan, Fairul Nizam mengajak rakyat Melaka untuk bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman atau premis masing-masing.

“Kembara ini bukan sekadar konvoi atau simbolik mengibarkan Jalur Gemilang tetapi manifestasi cinta tanah air dan simbol solidariti rakyat Malaysia dalam menyemarakkan semangat kemerdekaan.

“Setiap rumah mari bersama-sama menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini yang bertemakan ‘Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni’,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …