PREMIS DI NEGERI SEMBILAN DISARAN KIBAR JALUR GEMILANG HINGGA 16 SEPTEMBER

Semua premis di Negeri Sembilan disarankan untuk mengibarkan Jalur Gemilang bermula 1 Ogos hingga 16 September sempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025.

Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, pengibaran Jalur Gemilang merupakan simbol kasih dan sayang rakyat terhadap negara, serta tanda penghormatan kepada kedaulatan Malaysia.

Pada tarikh itu, pihaknya mahu semua premis memulakan pengibaran bendera baharu. Kadang-kadang, bukan hanya premis, orang kampung pun pasang bendera – tetapi benderanya koyak atau lusuh.

“Ada semangat hendak pasang, tapi tiada semangat hendak sayang bendera itu. Kalau sudah uzur atau kusut, tanggalkanlah. Kita hormat dan sayangi bendera kita,” katanya.

Menurut beliau, kerajaan negeri juga akan mengagihkan Jalur Gemilang secara percuma di beberapa kawasan terpilih di seluruh Negeri Sembilan sebagai galakan kepada rakyat untuk turut serta memeriahkan sambutan.

Sumber: Berita RTM

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …