KOLEKSI SURAT PERSENDIRIAN BAGINDA OMAR DIIKTIRAF UNESCO

Koleksi Surat Persendirian Baginda Omar yang merupakan Sultan Terengganu keenam dan kesembilan menerima pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai dokumen warisan serantau.

Menurut Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Senator Saraswathy Kandasami, koleksi yang merakamkan detik penting pemerintahan Sultan Omar menerima pengiktirafan tersebut pada 8 Mei lalu.

Selain itu, koleksi terbabit mengandungi 56 naskhah surat milik baginda bertarikh antara tahun 1839 hingga 1893. Surat-surat tersebut dikumpulkan oleh tokoh agama dan diplomat terkemuka, Syeikh Ulama Tok Ku Tuan Besar Paduka Indera Engku Syed Seri Perdana Engku Muhammad (Tok Ku Tuan Besar).

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyempurnakan majlis perisytiharan Koleksi Surat Persendirian Baginda Omar sebagai dokumen warisan serantau tersebut.

Koleksi Surat Persendirian Baginda Omar yang sebelum ini diwarisi keturunan Tok Ku Tuan Besar telah diserahkan kepada Arkib Negara Malaysia untuk pemeliharaan kekal pada awal tahun 1992.

Sumber: KOSMO

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …