PENUBUHAN PERBADANAN MAINS CAPAI MATLAMAT PERKASA EKONOMI UMAT ISLAM

Penubuhan Perbadanan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merupakan keputusan tepat dan selari dengan aspirasi memperkasa ekonomi umat Islam di Negeri Sembilan.

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertitah, agensi itu telah menunjukkan peningkatan ketara dari segi pendapatan tahunan sejak ditubuhkan pada 2021. Baginda bertitah, pencapaian itu mencerminkan keberkesanan perancangan dan pelaksanaan inisiatifnya.

Baginda bertitah demikian selepas mendengar Taklimat Hal Ehwal Islam Negeri Sembilan 2024. Pada tahun ini, Perbadanan MAINS turut merancang pelbagai inisiatif dan strategi bagi mengembangkan sumber ekonomi dan memperkukuhkan pendapatan organisasi.

Menerusi pembentangan, Pengerusi MAINS, Datuk Seri Dr Abdul Aziz Sheikh Abdul Kadir memberitahu, pendapatan semasa Perbadanan MAINS mencecah RM6.1 juta sehingga April. Sasaran RM19.8 juta ditetapkan pada tahun ini dan sebanyak RM24.5 juta bagi tahun depan dengan sumber pendapatan dijana melalui sewa bangunan, pajakan tanah serta pembangunan hartanah.

Beberapa pembangunan projek sedang dalam perancangan perbadanan berkenaan antaranya cadangan pembangunan 31 unit kedai di Batu 10 Pekan Labu dan Pembangunan Sekolah Menengah Agama Johol, Kuala Pilah. Turut dirancang ialah projek ternakan air tawar di Kampung Sentosa, Paroi serta Projek Inisiatif Pendapatan Rakyat – Inisiatif Tani (IPR-Intan), Kampung Legong Jaya Rembau.

Baginda turut menekankan prinsip Maqasid Syariah perlu terus dijadikan asas dan panduan dalam penggubalan dasar serta pelaksanaan program-program agama. Titah baginda, ia penting bagi memastikan bahawa segala perancangan dan tindakan yang diambil benar-benar membawa manfaat, menjamin kemaslahatan ummah serta menghindarkan kemudaratan.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …