EMPAT RUMAH PENDUDUK TERBAKAR

OPERASI: Pasukan bomba menjalankan operasi memadam kebakaran di lokasi.

KOTA KINABALU: Empat rumah di Kampung Sarayo Jalan Kayu Madang di sini, hangus dalam kebakaran malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, api memusnahkan seratus peratus rumah, manakala penghuninya sempat lari menyelamatkan diri.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.33 malam sebelum menghantar pasukan penyelamat ke lokasi kejadian.

“Anggota bomba dari BBP Lintas bergegas ke lokasi dengan kekuatan 24 anggota bersama lima buah jentera termasuk Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Setiba di lokasi didapati empat buah rumah papan seluas 20X30 persegi sedang marak terbakar, dan pasukan penyelamat menjalankan kerja pemadaman dan pengawalan api daripada merebak,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kebakaran dapat dikawal pada jam 12.34 pagi , manakala punca kebakaran masih dalam siasatan.

Katanya, tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan akibat kebakaran.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …