SURI RUMAH, PESARA RUGI LEBIH RM300,000 DITIPU ‘PEGAWAI POLIS’

Seorang suri rumah dan pesara mengalami kerugian keseluruhan RM349,086 akibat diperdaya individu menyamar pegawai polis, awal bulan ini. Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim, wanita berusia 54 tahun itu kerugian hampir RM186,000 manakala pesara berumur 66 tahun rugi RM163,000.

Pengadu menerima panggilan daripada nombor telefon tidak dikenali menyamar sebagai pegawai polis dan menyatakan pengadu terlibat dengan kes pengubahan wang haram dan pengedaran dadah.

Mangsa diberitahu waran tangkap dikeluarkan ke atas nama mereka pada 7 hingga 22 Mac, kemudian kedua-dua pengadu membuat pindahan wang secara dalam talian sebanyak sembilan transaksi ke dalam lapan akaun bank berbeza dengan jumlah RM 349,086.

Pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu pada 6.24 petang hari sama dan siasatan awal mendapati modus operandi suspek juga sama. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut