PENCURI GUNA GERUDI CURI DUIT TABUNG SURAU

Ketika orang lain mula berpuasa, seorang lelaki sanggup menggunakan gerudi untuk memotong mangga pada pagar jeriji besi sebuah surau dekat Kampung Mambau, di sini, pagi Sabtu lalu untuk mencuri duit tabung. Dalam kejadian kira-kira jam 7.15 pagi itu, penduduk mendakwa suspek dikatakan menaiki motosikal berkuasa tinggi.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, kejadian itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) surau berkenaan. Pihak polis menerima satu laporan polis dibuat bilal Surau Al-Muqarrabin yang dikatakan dipecah masuk dan tabung derma dalam keadaan diumpil.

Semakan pada rakaman CCTV menunjukkan kehadiran seorang lelaki tidak dikenalpasti memakai topi keledar dan jaket berwarna gelap dari arah belakang surau. Suspek dipercayai memecah masuk surau dengan memotong kunci yang terdapat pada pintu jeriji besi sebelah kanan surau menggunakan gerudi. Suspek kemudiannya menggunakan alat untuk mengumpil kunci tabung yang tidak bermangga dan memasukkan wang kutipan derma ke dalam sebuah beg.

Pihaknya kini sedang menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan giat memburu suspek. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini boleh menghubungi talian hotline Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban 06-6033222 atau Pegawai Penyiasat, Sarjan Mohd Hazrat Abdul Rashid di talian 011-61929004.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA-INDONESIA METERAI PERJANJIAN PERKAPALAN

Pada 4 November dalam tahun 1986, Malaysia dan Indonesia memeterai  satu perjanjian perkapalan yang pertama dibuat antara anggota ASEAN. Malaysia …

PERJANJIAN PERDAGANGAN DI ANTARA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU DENGAN REPUBLIK KOREA

Pada 5 November dalam tahun 1962, satu perjanjian perdagangan di antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan Republik Korea telah …

PENUBUHAN PERBADANAN PERKAPALAN ANTARABANGSA MALAYSIA BERHAD

Pada 6 November dalam tahun 1968,  Malaysia International Shipping Corporation Berhad (kini dikenali sebagai MISC) telah ditubuhkan sebagai sebuah badan perkhidmatan perkapalan nasional …