SABAH ELECTRICITY NAIK TARAF TALIAN PENGHANTARAN ELEKTRIK DI LAHAD DATU

NAIK TARAF: Sabah Electricity sedang melaksanakan kerja menaik taraf talian penghantaran elektrik di Segaliud-Dam Road. 

KOTA KINABALU:  Sabah Electricity dalam peringkat akhir untuk menyiapkan projek menaik taraf talian penghantaran elektrik 132kV Segaliud-Dam Road kepada voltan 275kV yang lebih tinggi.

Projek yang bakal dimula tugas oleh Sabah Electricity ini akan membolehkan penyaluran lebih banyak kapasiti tenaga yang lebih murah daripada stesen-stesen janakuasa di pantai barat ke pantai timur negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity Mohd Yaakob Jaafar berkata, usaha itu seterusnya mengurangkan kebergantungan kepada sumber penjanaan berasaskan diesel dan ‘Marine Fuel Oil’ (MFO) yang agak mahal dan memerlukan tanggungan subsidi yang sangat tinggi daripada pihak kerajaan.

Katanya, talian penghantaran 275kV Segaliud-Dam Road yang bakal dimula tugas pada pertengahan bulan April ini akan dapat meningkatkan penghantaran tenaga daripada 200MW kepada 400MW secara harian ke pantai timur.

Menurutnya, kerja-kerja akhir untuk menaik taraf talian berkenaan sedang dilaksanakan bermula 22 Mac sehingga 29 Mac 2025.

“Sabah Electricity menyasarkan kerja-kerja itu akan disiapkan sebelum perayaan Hari Raya Aidilfitri bagi memastikan bekalan kepada pengguna tidak terganggu dan sentiasa dalam keadaan terbaik serta stabil bagi menampung beban sepanjang musim perayaan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini semalam.

Untuk maklumat terkini dan pertanyaan mengenai perkhidmatan Sabah Electricity, pengguna boleh menghubungi Sabah Electricity Careline di 15444 atau Whatsapp 019- 8525427 atau muat naik aplikasi Sabah Electricity.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …