AYAM SEJUK BEKU BERNILAI RM740,500 DIRAMPAS

TANGKAP: Semua suspek dan ayam sejuk beku berjumlah RM740,500 dirampas.

BELURAN: Batalion 20 Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah merampas ayam sejuk beku tanpa dokumen sah bernilai RM740,500 di Pusat Pemeriksaan Jalan (RCP) Sapi Nangoh, di sini, semalam.

Operasi menerusi Op Taring Chiller oleh sepasukan anggota dari Cawangan Risikan/Task Force bersama Kompeni C, PGA Beluran turut menahan tiga lelaki.

Komander Briged Sabah PGA, Datuk Abdul Rani Alias berkata, rampasan dan tangkapan itu selepas menahan sebuah lori, kira-kira jam 9 malam.

Katanya, lori berkenaan membawa ayam sejuk beku pelbagai jenis tanpa dokumen pemilikan sah.

“Hasil pemeriksaan menemukan 1,360 kotak ayam sejuk beku di dalam lori jenis Isuzu beku Refrigerated.

“Tiga lelaki tempatan turut ditahan dan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM740,500,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 15(1) Enakmen Haiwan Sabah 2015.

Katanya, PGA terus komited dalam membanteras kegiatan penyeludupan yang mengancam keselamatan dan ekonomi negara.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …