HATI-HATI BELI LEMBU DI KELANTAN

Pada 18 Mac 2025 (Selasa), Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara berjaya menggagalkan kegiatan penyeludupan lembu di pengkalan haram Pos Rela, Pasir Mas sekitar jam 4 pagi semasa rondaan Op Taring WAWASAN Kelantan.

Beberapa individu dilihat sedang memindahkan lembu dari bot ke tebing sungai.

Pemandu bot melarikan diri ke Thailand selepas menyedari kehadiran pihak polis, namun seorang lelaki berjaya ditangkap.

Pemeriksaan mendapati sebanyak 33 ekor lembu bernilai RM 321 ribu yang dipercayai akan dijual di pasaran tempatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Hasil rampasan dibawa ke Balai Polis Bakong untuk tindakan lanjut.

 

Sumber: Briged Tenggara PGA Rasmi

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut