RAMPASAN ANAK POKOK BERNILAI RM1.15 JUTA

Pada 17 Mac 2025 (Isnin), Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara berjaya merampas tanaman yang disyaki mempunyai serangga perosak dan penyakit di hadapan Taman Wahyu, Rantau Panjang sekitar jam 2.30 petang semasa menjalankan tugas dalam Op Taring WAWASAN Kelantan.

Pemeriksaan ke atas sebuah lori yang ditahan mendapati ia membawa 450 anak pokok durian, 600 anak pokok sentul dan 9,000 anak pokok cempedak.

Anggaran nilai rampasan berjumlah RM 1.15 juta termasuk lori.

Pemandu lori, seorang lelaki Melayu berumur 40 tahun, dipercayai penghantar tanaman tersebut ke pasaran tempatan.

Kes disiasat di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta 167) Seksyen 5.

Suspek dan barang rampasan diserahkan kepada Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Kelantan untuk tindakan lanjut.

 

SUmber: Briged Tenggara PGA Rasmi

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …