MASYARAKAT ISLAM DISERU AMALKAN KESEDERHANAAN DI BULAN RAMADAN

SUMBANGAN: Salleh ketika menyampaikan sumbangan kepada golongan miskin dan asnaf.

LAHAD DATU: Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyeru rakyat, khususnya umat Islam supaya terus mengamalkan kesederhanaan sepanjang bulan Ramadan yang mulia.

Beliau menekankan dua prinsip penting berkaitan dengan konsep kesederhanaan dalam Islam dan perpaduan yang merentasi perbezaan kaum.

Salleh berkata Islam mengandungi prinsip wasatiyyah iaitu kesederhanaan, keseimbangan, dan keadilan.

“Menerima kesederhanaan dalam Islam tidak bermakna mengorbankan kepercayaan kita, sebaliknya, ia mengukuhkan kepercayaan dengan cara mempromosikan keamanan, keadilan, dan keharmonian,” katanya,

Salleh berkata demikian ketika berucap pada majlis Iftar bersama UMNO Lahad Datu dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Islam di sini, semalam.

Beliau turut menggesa rakyat supaya berganding bahu menjadi ejen perpaduan dan mengelakkan salah faham atau ekstremisme.

“Baik dalam amalan agama, pentadbiran, atau kehidupan seharian, kesederhanaan memastikan kita kekal bersatu dan kuat,” katanya.

Sementara itu, Salleh turut menekankan keperluan supaya rakyat sentiasa bersatu melepasi perbezaan kaum.

“Lahad Datu adalah contoh yang sempurna tentang bagaimana pelbagai komuniti Melayu, Bajau, Suluk, Cina, Kadazan-Dusun dan lain-lain telah hidup bersama selama beberapa generasi.

“Kepelbagaian kita adalah satu rahmat, bukan kelemahan. Islam itu sendiri mengiktiraf kepelbagaian sebagai sebahagian daripada ciptaan Tuhan,” katanya.

Pada majlis itu, Salleh yang juga Bendahari UMNO Sabah, menyampaikan sumbangan kepada golongan fakir miskin dan asnaf.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut