OPERASI KHAS BERSEPADU PASAR BORONG MELAKA

Ayer Keroh – Operasi pada kali ini menyasarkan beberapa kemelut masyarakat dan aduan kacau ganggu di kawasan Pasar Borong seperti Halangan lalulintas, Halangan siar kaki, Kebersihan pasar, Isu kenderaan Berat, penyalahgunaan dadah dan halangan awam.
Hasil Operasi, jumlah tindakan oleh semua agensi adalah 25 kompaun halangan awam, 8 sitaan kenderaan bermotor, 11 saman lesen memandu, 12 tindakan mahkamah, serta 4 tahanan penyalahgunaan dadah.
Saman di bawah MPHTJ dituntut secara di Kaunter Van Bergerak MPHTJ
Operasi yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) ini mendapat sokongan daripada beberapa agensi antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), serta Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Melaka (AADK)
Tambahan lagi, Timbalan Ketua Ahli Majlis MPHTJ, Clr. Esrul Efindi Bin Dahlan, turut hadir Ahli Majlis Kawasan MPHTJ Dun Kesidang, Clr. Poo Long Suan dan Clr. Sam Then Yeong Kong. Diperkuatkan lagi oleh Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Pelesenan, Jabatan Kebersihan Kesihatan awam & Zoo Melaka, Jabatan Koprat dan Media, Jabatan Penilaian dan Pengisytiharan Harta Jabatan Kewangan dan Jabatan Kawalan Bangunan MPHTJ.
Sumber : Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ)

Artikel/Berita Terkini

KONDOMINIUM DISERBU, LAPAN PEKERJA PEMBERSIHAN PATI DITAHAN

Kuala Lumpur – Sebuah kondominium di Jalan Dutamas Raya, Segambut, di sini, diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur sebelum …

DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT

Ayer Keroh – Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut menjadi platform …

PROGRAM PROMOSI KESIHATAN PERGIGIAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pada tarikh …