PENGAYUH BECA TIDAK DILUPAKAN KERAJAAN MELAKA

Banda Hilir – Sebanyak empat persatuan beca di negeri ini menerima sumbangan sejumlah RM8,000 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh kepada Persatuan Beca Kota Melaka; Persatuan Beca Pesona; Persatuan Beca Warisan dan Persatuan Abang Beca.

Wakil Persatuan Beca Kota Melaka, Amirudin Shah Arman, 33 berkata, sumbangan yang diberikan sebanyak RM2,000 setiap persatuan memberi makna besar kepada pengusaha beca di negeri ini.

Jelasnya, sumbangan Kerajaan Negeri itu disifatkan sebagai tanda ingatan kepada semua pengayuh beca yang berdaftar di negeri ini.

“Alhamdulillah, ada sinar Aidilfitri buat pengayuh beca, kita tahu pada bulan Ramadan permintaan pengunjung tidak sama dengan bulan-bulan lain.

“Terima kasih Kerajaan Negeri, sedikit sebanyak sumbangan ini dapat meringankan bebanan buat 40 ahli persatuan kami,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Nada sama turut disuarakan Pengerusi Persatuan Beca Pesona, Rosli Md Zain, 66, yang menganggap pemberian sumbangan terbabit sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Negeri kepada golongan pengayuh beca.

“Syukur apabila dimaklumkan persatuan kami akan menerima bantuan, ahli-ahli lain turut bergembira.

“Pemberian ini bukan sekadar sumbangan, namun ia juga tanda ingatan. Ketua Menteri tidak melupakan kami pengayuh beca Melaka yang juga merupakan penggerak ekonomi negeri. Terima Kasih Kerajaan Negeri,” jelasnya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …