BOLEH MOHON SOLAT SUNAT AIDILFITRI DI SURAU, PADANG AWAM

Tanjung Bidara – Bagi memberikan keselesaan kepada perantau yang pulang ke kampung, Jabatan Mufti Negeri Melaka membuka permohonan bagi mengadakan solat sunat Aidilfitri pada tahun ini di surau dan padang terbuka.

Mufti Negeri Melaka Datuk Wira Abdul Halim Tawil berkata, perkara itu adalah berdasarkan kepada permintaan daripada penduduk kampung yang mahukan lokasi tambahan bagi melaksanakan ibadah berkenaan berikutan masjid sedia ada tidak dapat menampung jumlah jemaah yang ramai.

“Kita memahami masalah timbul akibat jumlah jemaah yang ramai, permohonan boleh dikemukakan kepada pejabat Agama Daerah yang kemudian akan dirujuk ke Bahagian Pengurusan Masjid dan Jabatan Mufti untuk dipertimbangkan.

“Apabila diluluskan kita sediakan khutbah, khatib akan disediakan oleh penduduk kampung,” katanya ketika ditemui pada Program Berlaga Centong Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara dan Gotong-Royong Bubur Lambuk Perdana peringkat Melaka di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Masjid Tanah, di sini, semalam.

Terdahulu beliau mengiringi Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menyempurnakan gimik penyerahan bubur lambuk kepada wakil penerima.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad, Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Zulkiflee Mohd Zin, Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rosli Abdullah.

Hari sama Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka, Datuk Mohamad Azmi Sabtu dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CEUPACS) Datuk Dr. Adnan Mat.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …