LEBIH RM2 BILION PERUNTUKAN UNTUK ATM DI SABAH: MOHAMED KHALED

Mohamed Khaled ketika menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama warga Kem Paradise Kota Belud semalam. – Gambar BERNAMA

KOTA BELUD: Sebanyak RM2.2 bilion diperuntukkan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Sabah bagi melaksanakan pelbagai projek meliputi peringkat perancangan, perolehan dan pelaksanaan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata ia termasuk penyelenggaraan, pembinaan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT), kemudahan asas di kem sempadan, pembinaan tiga pos baharu, dan keperluan projek lain yang melibatkan tentera darat serta laut.

“Peruntukan itu, antaranya untuk Kem Paradise, Kem Felda Sahabat Lahad Datu, dan Kem Lok Kawi, termasuklah membina klinik kesihatan dan klinik pergigian,” katanya kepada kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Menteri Pertahanan bersama warga Kem Paradise di sini semalam.

Turut hadir Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan, Panglima Medan Timur Tentera Darat Left Jen Datuk Mohd Sofi Md Lepi, dan Panglima Divisyen Kelima Infantri Mej Jen Datuk Noorrul Azril Ariffin.

Mengulas mengenai majlis itu, Mohamed Khaled berkata ia adalah untuk menyantuni warga pertahanan selain meringankan beban anggota tentera yang memerlukan, khususnya dalam mengurus kehidupan seharian.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM500 secara sekali bayar kepada 20 pesakit kronik yang terdiri daripada anggota tentera serta ahli keluarga mereka.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut