APM, JHL PANTAU BUAYA DI TANJUNG ARU

KOTA KINABALU: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersama Jabatan Hidupan Liar (JHL) terus melakukan pemantauan terhadap kehadiran seekor buaya di kawasan pantai Tanjung Aru.

Pegawai APM Kota Kinabalu, Kapten (PA) Aizex Junior berkata, setakat ini, usaha memburu buaya berkenaan masih diteruskan.

Malah katanya, menerusi kerjasama pelbagai agensi, pasukan JHL turut melepaskan dua das tembakan terhadap reptilia berkenaan.

“Sehingga kini jam 2 petang tadi, pemantauan masih dibuat dan pihak JHL telah melepaskan dua das Tembakan iaitu satu das di Beach 3 dan satu das lagi di kawasan beach.

:Pemantauan terus dilakukan dan pasukan operasi APM mendapati haiwan berkenaan masih berada di lokasi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Pasukan JHL melepaskan dua das tembakan terhadap reptilia berkenaan.

Menurutnya, operasi membabitkan tujuh anggota dan pegawai APM dan dua pegawai JHL.

Terdahulu, seekor buaya dilaporkan kelihatan di Pantai Tanjung Aru, pagi tadi

Kelibat reptilia itu di laut disedari pengunjung, sebelum dilaporkan kepada petugas Menara Penyelamat.

Petugas di menara terbabit kemudian menaikkan bendera merah sebagai tanda amaran bahaya di pantai berkenaan dan meminta orang ramai tidak melakukan aktiviti di air sekitar Pantai Tanjung Aru.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: INFO X

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …