Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Negeri Sembilan sedang memantau dan menyiasat dakwaan kemunculan dua ekor tapir di sebuah taman perumahan di Pedas, Rembau, pada 8 Mac lalu.
Menurut Pengarahnya, Faizal Izham Pikri, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang aduan atau laporan daripada penduduk setempat berhubung perkara itu. Pihaknya juga sedang menyiasat dan memantau secara berterusan bagi memastikan kesahihan kejadian itu.
Orang awam yang mempunyai maklumat atau ternampak haiwan liar ini diminta supaya terus membuat laporan kepada PERHILITAN untuk tindakan selanjutnya.
Terdahulu, tular video berdurasi 19 saat di media sosial dan aplikasi WhatsApp memaparkan dua ekor tapir berkeliaran di tengah jalan pada waktu malam yang didakwa berlaku di sebuah taman perumahan di Pedas.
Sumber: Berita Harian