CHARITY OUTLET MELAKA MALL SEDIA BAJU PERCUMA

Ayer Keroh – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) meneruskan inisiatif menyediakan pakaian terpakai percuma di pusat derma pakaian dikenali sebagai ‘Charity Outlet Melaka Mall’.

Yang Dipertua MPHTJ Datin Sapiah Haron berkata, inisiatif itu adalah bagi membantu golongan memerlukan mendapatkan persalinan pakaian secara percuma.

Katanya, selain pakaian orang ramai juga boleh mendapatkan pelbagai barangan harian lain secara percuma di ‘Charity Outlet Melaka Mall’.

“Individu yang memerlukan pakaian boleh pergi ke ‘Charity Outlet Melaka Mall’ untuk memilih pakaian diperlukan begitu juga barangan keperluan lain yang terdapat di situ.

“Di pihak MPHTJ kami meneruskan inisiatif ini untuk berkongsi rezeki dan memberi manfaat kepada golongan memerlukan sekaligus dapat membantu meringankan beban mereka” katanya.

Menurut Sapiah, selain menyediakan pakaian di pusat itu juga menerima sumbangan pakaian dan lain-lain barangan seperti kasut dan beg daripada orang ramai.

“Sejak diadakan, ramai penyumbang yang menghantar pakaian terpakai ke pusat ini yang mana baju atau pakaian diterima itu akan diasingkan terlebih dahulu sebelum digantung.

“Kami juga amat mengalu-alukan orang ramai untuk mendermakan baju, kasut, beg dan keperluan harian lain di sini. Meskipun hanya menyediakan pakaian terpakai namun kami gembira melihat raut wajah ceria mereka yang datang ke ‘Charity Outlet Melaka Mall’,” katanya.

Jelasnya, pusat pakaian percuma itu terletak di aras satu Melaka Mall dan dibuka setiap hari bekerja dari jam 9 pagi hingga 3 petang.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …