OPERASI CABUT PINTU DIPERHEBAT, TUNGGAKAN SEWA PPR MBS LEBIH RM3 JUTA

Jumlah tertunggak keseluruhan sewa bulanan bagi dua PPR seliaan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) hingga bulan lalu lebih RM3 juta. Menurut Datuk Bandar MBS, Datuk Masri Razali, jumlah tunggakan sewa di PPR Paroi bernilai RM1.38 juta manakala di PPR Lobak, tunggakan RM1.8 juta.

Di PPR Paroi, 222 penyewa aktif daripada 344 unit yang disewakan mempunyai tunggakan RM597,977. Tunggakan tertinggi bagi satu unit RM24,280. Di PPR Lobak, 139 unit disewakan dengan 116 penyewa aktif mempunyai tunggakan RM950,245. Jumlah tunggakan tertinggi sebuah unit RM33,829.

Mengulas tindakan penguatkuasaan MBS yang mencabut pintu unit PPR yang culas membayar sewa sehingga tunggakan mencecah puluhan ribu ringgit, seramai 121 penyewa yang sudah tidak mendiami PPR Paroi, namun masih mempunyai tunggakan terkumpul RM780,921. Di PPR Lobak seramai 240 penyewa tidak aktif dengan jumlah tunggakan sebanyak RM865,568. Rekod penyewa yang mempunyai tertinggi adalah RM26,950,” katanya.

Duduk percuma sekurang-kurangnya lima tahun di PPR

Sewa bulanan bagi kedua-dua PPR adalah sebanyak RM150 sebulan, namun ada penyewa yang duduk percuma sekurang-kurangnya lima tahun tanpa membayar satu sen pun. Untuk rekod lima tahun ke belakang, dua daripada penyewa tidak membuat sebarang bayaran untuk tempoh lima tahun.

Empat daripada mereka hanya membayar 15 peratus sahaja daripada jumlah yang sepatutnya. Kadar sewa ditetapkan paling menguntungkan penyewa iaitu 70 peratus lebih rendah berbanding pasaran kawasan sekitar. Terdapat ramai keluarga yang juga berpendapatan rendah terpaksa membayar kadar sewa sekurang-kurangnya RM500 sebulan di luar sana.

 

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut