PENIAGA BAZAR RAMADAN DINASIHAT PAMER TANDA HARGA DENGAN JELAS

Peniaga bazar Ramadan dan Aidilfitri dinasihatkan supaya mempamerkan tanda harga dengan jelas bagi mengelak kekeliruan pengguna. Menurut Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan, Muhammad Zahir Mazlan berkata, pihaknya menerima banyak aduan tahun lalu berhubung perkara itu di bazar Aidilfitri.

Pamerkanlah tanda harga yang betul, yang tidak mengelirukan pengguna dan letakkan tanda harga pada tempat yang boleh dilihat serta gunakanlah alat timbang sukat yang telah ditentusahkan.

Menurutnya, ada juga yang dikesan membuat iklan dan promosi mengelirukan. Sebagai contohnya jelas beliau, ada yang menulis harga RM10 sekilogram, tetapi apabila dilihat lebih dekat, ia sebenarnya dijual RM10 setengah kilogram. Semua ini boleh diambil tindakan di bawah pelbagai akta yang KPDN kuat kuasakan.

Selain itu, bagi tempoh Januari hingga Sabtu, pihaknya merekodkan 310 aduan di seluruh negeri termasuk membabitkan harga iaitu 107 kes, transaksi dalam talian (55), barang kawalan (40), perkhidmatan mengelirukan (28), timbang dan sukat (2), iklan mengelirukan (19) dan jualan langsung (4). Dalam pada itu, tiga bazar Ramadan di negeri ini terpilih sebagai Bazar Ramadan Rahmah (BRR) iaitu bazar di Politeknik Port Dickson, Stadium Tampin dan Batu Kikir.

Menerusi BRR itu, peniaga yang menyertai Jualan Rahmah akan menjual makanan lebih murah iaitu 10 hingga 30 peratus daripada harga pasaran. Setakat hari ini hampir 60 peniaga berdaftar dengan kita dan bersetuju untuk menjual menu Rahmah, dan di harap jumlah tersebut akan terus meningkat.

Pelbagai insentif tanpa tunai diterima jika peniaga terlibat dgn jualan menu Rahmah ini antaranya e-dompet berjumlah RM100, RM20 kepada pengunjung yang datang ke BRR dan kad khas diskaun untuk peniaga bagi pembelian barang mentah untuk urusan niaga.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …