Polis Kelantan berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas merampas 200kg syabu bernilai RM6.4 juta di dalam sebuah Mitsubishi Pajero di Kampung Bechah Resak, Tumpat, pada 27 Februari 2025.
Sindiket ini dikesan selepas kenderaan tersebut dipandu dalam keadaan mencurigakan dan cuba melarikan diri daripada sekatan jalan, namun terhenti selepas tayar pancit.
Dua suspek berjaya melarikan diri, namun 200 bungkusan syabu dan telefon bimbit milik salah seorang suspek ditemui.
Siasatan mendapati bekalan dadah itu dipercayai diperoleh dari negara jiran dengan rampasan itu mampu menampung keperluan dua juta penagih.
Polis kini memperhebatkan usaha untuk menjejaki dua suspek yang masih bebas dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sumber: Bernama